Isnin, 19 Mei 2014

PENJAGAAN KUCING

Hiasan umum 
  • Semua kucing kecuali kucing Spyhnx dan kucing Rex dikurniakan dengan bulu samada bulu yang panjang ataupun pendek. 
  • Bulu kucing haruslah disikat atau diberus seminggu sekali untuk mengekalkan bulu kucing yang cantik. Kucing Persian yang mana mempunyai bulu yang panjang, jika tidak disikat, bulunya tidak akan nampak cantik kerana kelihatan kusut dan agak kotor. Oleh itu penjagaan yang rapi adalah perlu bagi bulu kucing terutamanya kucing Persian. 
  • Sikat atau berus yang digunakan haruslah sesuai dengan tekstur dan panjang bulu kucing tersebut. 

  • Bulu kucing bukan sahaja disikat atau diberus malah untuk memiliki kucing yang cantik dan ceria kucing haruslah dimandikan dengan shampu kucing yang sesuai sejak kucing itu kecil (umur yang sesuai – peringkat remaja) supaya ia sentiasa cantik. 
  • Apabila memandikan kucing, pastikan air tidak memasuki mata dan telinga dan dengan air yang suam-suam kuku. 
  • Kucing boleh dikeringkan dengan menggunakan pengering rambut atau menggunakan tuala yang kering. 
                                                                             
 Penjagaan kuku 
  • Kucing sering mengasah kuku yang mana tabiat ini tidak boleh dikawal  oleh manusia. 
  • Kadang-kala kucing mengasah kuku di sofa atau pun karpet  namun anda tidak boleh mengelakkan daripada keadaan ini berlaku kecualilah anda menyediakan tempat yang khas seperti sisal atau tikar serabut kelapa. 
  • Kucing haruslah memiliki kuku yang cantik dan bersih. Anda boleh memotong kuku kucing anda sekiranya kuku kucing anda terlalu panjang atau tajam
Penjagaan telinga 
  • Kebanyakan kucing tidak mengalami sebarang masalah dengan telinga walaupun anda tidak membersihkan telinga mereka. 
  • Namun begitu kucing adalah terdedah dengan hama telinga yang mana telinga kucing haruslah dibersihkan atau dirawat untuk mengelakkan  penyakit hama telinga. 
  • Sekiranya anda membersihkan telinga kucing anda, anda perlu menggunakan pembersih yang khas untuk kucing. 
  • Semasa anda membersihkan telinga kucing anda, anda haruslah membersihkannya menggunakan tisu atau kapas dengan berhati-hati untuk mengelakan kotoran tersebut semakin masuk ke dalam telinga. 


Penjagaan mata 
  • Mata adalah sangat penting. Oleh itu ia haruslah dijaga dengan rapi. 
  • Kotoran yang terdapat pada tepi mata adalah lebih mudah untukcateyedibersihkan dengan menggunakan tisu yang lembut. 

Penjagaan gigi 
  • Gigi susu kucing tanggal apabila kucing berumur antara 3 hingga 6 bulan. 
  • Anda haruslah memeriksa gigi  kucing anda selalu untuk memastikan samada tartar ada atau tiada. Ini untuk mengelakkan kereputan dan  kehilangan gigi. 
  • Untuk mengurangkan risiko tartar, berikan makanan yang kering untuk kucing anda dan jangan membenarkan kucing anda mengunyah tulang kerana tulang bolehpecah. catgigi
                   gambar : elakkan gigi dijangkiti tartar 
  • Rekabentuk gigi dan mulut kucing adalah berbeza dengan anjing iaitu rekabentuk  bagi kucing bukan untuk makan tulang. 





KUCING COMELNYEEE..

Baka bulu pendek terdiri daripada:-
1.Kucing Siam
2.Kucing Benggal
3.Russian Blue
4.Kucing Burma
5.British Short haired
6.Short Haired (domestic)
Baka bulu panjang aka lebat
1.Persian
2.Maine Coon
3.Turkish Angora
4.Ragdoll

Jangan tertipu beli kucing





Keinginan dan minat terhadap dunia pemeliharaan kucing baka semakin mendapat tempat dalam kalangan orang ramai di negara kita. Justeru, tidak hairan ada yang sanggup berhabis puluhan atau ribuan ringgit semata-mata untuk mendapatkan kucing baka terbaik dan boleh menjadi pemenang setiap kali pertandingan diadakan.
Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui tidak semua kucing dibeli itu layak untuk menyertai pertandingan kerana terdapat syarat atau kriteria diperlukan bagi membolehkan haiwan itu bertanding. 

Bermula dari sinilah, satu persatu kes penipuan berlaku. Walaupun tidak mendapat liputan meluas selain kebanyakannya tidak melaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi realitinya penipuan itu turut membabitkan kerugian ribuan ringgit.

Kes pertama membabitkan seorang bekas pengusaha bengkel kereta, Razali Idham, 32, yang mendakwa pernah kerugian hampir RM20,000 ketika membeli lima kucing baka Parsi dari Sepanyol pada Oktober tahun lalu.
Bagaimanapun, ha­nya dua ekor saja yang baik manakala tiga lagi tidak mengikut baka Parsi yang sebenar selain mati sebaik tiba di Malaysia.

Tidak serik dengan kejadian itu, Razali sekali lagi cuba mendapatkan baka Maine Coon dari Jerman dengan harga hampir RM10,000 seekor, tetapi hingga kini masih belum memperolehnya walaupun sudah melunaskan wang pendahuluan RM7,000.

Difahamkan, kucing itu dirampas pihak berkuasa selepas terdapat aduan awam mengenai pemilik berkenaan dan hingga kini Razali masih belum mendapat ganti rugi.

Bagi kes kedua, pelajar kolej Aiman Ramli, 23, sang­gup mengikat perut selama setahun bagi me­ngumpul wang untuk membeli seekor kucing baka sama yang boleh memasuki pertandingan berserta sijil lahir dengan harga RM8,000.

Malangnya, pelajar berkenaan hanya menyedari ditipu apabila menghantar kucing itu untuk dandanan di sebuah kedai kucing dan dimaklumkan ia tidak menepati ciri-ciri baka berkenaan untuk pertandingan.

Malah, warna bulu haiwan itu juga tidak sama dengan warna yang tercatat pada sijil lahir yang disertakan dipercayai si penjual membuat pemalsuan meng­gunakan sijil lahir kucing baka lain.

Bagi pengusaha kedai Ciku Kiwi Enterprise, Mohd Hafizul Mew Hamzah me­ngakui kes penipuan seperti dialami Razali dan Aiman biasa berlaku terutama dalam kala­ngan mereka yang baru berjinak-jinak dengan dunia pemeliharaan kucing baka untuk menyertai pertandingan.

“Saya melihat minat terhadap pemeliharaan kucing ini semakin mendapat tempat dalam kalangan orang Malaysia, malah sejak 2011, saban hari Stesen Kuarantin Haiwan (bagi kucing) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang sentiasa penuh menunjukkan bilangan kucing diimport atau dibeli dari luar negara.

“Malangnya saya melihat sikap orang kita yang kurang ilmu mengenai dunia kucing menyebabkan mereka mudah ditipu di tambah dengan sikap kurang sabar, orang ramai pantang melihat kucing cantik dan gebu, pasti mereka me­nganggap ia kucing terbaik dan boleh memenangi pertandingan.

“Sebenarnya tidak semua kucing layak bertanding kerana beberapa faktor lain perlu dipatuhi terlebih dulu, misalnya bagi kucing British Shorthair, hanya empat warna dibenarkan bertanding manakala selebihnya menyebabkan kucing itu tersingkir awal daripada pertandingan.

“Begitu juga dengan baka Parsi yang memerlukan banyak kriteria asli termasuk kedudukan hidung yang selari dengan mata, kepala yang rata (tiada benjol) serta ekor yang lurus bagi membolehkan­nya layak digelar baka Parsi sebenar.

“Perkara asas seperti inilah yang kurang diketahui orang ramai menyebabkan mereka mudah tertipu ketika membuat pembelian,” katanya.

Difahamkan terdapat empat baka kucing yang biasa terdapat di Malaysia iaitu Maine Coon, Parsi, Sphynx dan America Shorthair.

Bagaimanapun, beberapa baka lain termasuk Abbysinian, Norwegian Forest, Cornish Rex, Oriental Shorthair, European Burmese, Manx, Ocicat, American Curl dan Exotic juga mula dipelihara.

Bagi seorang pemilik dan peminat kucing baka, Noorzainin Mohamad Suki, 47, minat memelihara kucing mula bercambah sejak tujuh tahun lalu.

“Sehingga kini saya mempunyai kucing jenis Maine Coon, Parsi dan British Shorthair, Scottish Fold dan Spynx. Bagaimanapun, sebelum membeli baka kucing yang dikehendaki, saya akan mengkaji terlebih dulu bagi mendapatkan maklumat sahih mengenai baka kucing asli.

“Walaupun memang peminat kucing, saya bukanlah jenis terburu-buru untuk mendapat­kannya, sebaliknya lebih suka menyelidik terlebih dulu sama ada kucing bakal dibeli itu menepati ciri baka sebenar atau tidak.

“Ini kerana wang yang kita laburkan untuk membeli kucing bukanlah sedikit. Justeru kita perlu berhati-hati bagi memastikan setiap wang dibelanjakan berbaloi,” katanya.

Difahamkan, terdapat sesetengah penjual kucing baka di Malaysia tidak bertanggungjawab apabila sengaja menipu pembeli terutama yang tidak mempunyai pe­ngalaman dalam dunia haiwan berkenaan.

“Biasanya kucing dijual itu tidak menepati baka kucing asli walaupun diimport, namun disebabkan sikap tidak bertanggungjawab, penjual menjualnya sehingga lebih RM4,000, malah ada yang mencecah RM8,000 seekor sedangkan mereka membelinya pada harga kurang RM1,000 daripada pemilik asal.

“Ibarat untung atas angin, tindakan ini dilihat cuba meraih keuntungan mudah dengan memberikan maklumat tidak tepat kepada pembeli semata-mata bagi memastikan kucing itu dijual. Jadi, saya menasihat­kan orang ramai yang baru mahu berjinak-jinak memelihara kucing baka perlu mendapatkan nasihat daripada mereka yang berpe­ngalaman sebelum membuat pembelian,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/14
SUMBER

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Jangantertipubelikucing/Article

Jom Kenal Baka Kucing



Abyssinian
Asal dari Mesir.Mostly warna bulu memang brown dan bulu pendek. Yang palik unik dan susah nak jumpa kaler silver.Kucing ni agak aktif, bijak dan suka main. Kucing jenis ni juga sangat manja dan boleh jadi stress kalu kurang perhatian dan kasih sayang dari owner atau bosan tak ada aktiviti. So korg kena la rajin2 teman dia main.

Aegean Cat
Ha si comel ni asal dari Greece. Lawakan. Kat pedalaman Greece meow ni digunakan sebagai pemangsa untuk mengawal populasi tetikus.  meow ni memang sangat bijak,mesra dengan manusia. nampak je muka garang tapi meow ni sosial tau kuat bercakap(bahasa kucing lor) sebab dia suka dapat perhatian. meowwww


Australian Mist
Meow ni memang sesuai sangat la bela kalu rumah ada budak or baby sebab meow ni jarang tak suka guna cakar. Meow ni memang sangat sesuai dijadikan kucing indoor sebab sangat manja dengan manusia tak kira la kita ni sakit ke sihat.truly companion type of cat.


American Curl
Toemynye tinge dia. American curl ni skearang dah makin femes kat Malaysia disebabkan kesetiaan meow ni dah sama macam anjing. manja dan suka ikut kemana je tuan dia pergi.Yang mahal tinge dia. makin curl makin mahal. Tapi kalau tinge curl dia dah cecah kat tengkorak belakang pale dia tuh dah disqualified. 

American Bobtail
meow ni memang la sangat terkenal dengan kepintaran dia. meow ni suka men play fetch dan paling unik meow ni pandai belajar trick buka pintu dan pagar. ada gak certain breed ni cepat tertarik dengan benda bersinar dan suka sorokkan kat tempat persembunyian dia. So owner kena la tau mana kem meow ni kot la meow gi sorok rantai emas ke mau meraung kita ye tak.. bijak kan?


American Shorthair
Korg suka kucing yang rajin tangkap tikus tapi muka kucing tu maintain cute gitu.. ha ni la pilihan terbaik. skill pemangsa dia mmg excellent. dan meow ni peramah dan rapat dengan budak2 dan anjing. baka meow ni memang besar dan kalau dijaga dengan baik jangka hayat meow ni boleh mencecah 15 tahun atau lebih!


Bengal
meow seekor ni lak memang jenis yang tak duduk diam. aktif memanjat main kejar2. dan paling dia suka main running tap water.. tomey tapi mahal lor..

Birman
Tomey tak stokin putih caya. ni la beza kucing birman dengan kucing burmese.. tang stokin putih dia tuh..
meow ni jenis penyang dan lembut.

Bombay
cakk! nampak meow tak? cantik berkilat je bulu meow.. meow ni jenis yang atention seeker tau. sangat suka dok kat riba dan kat bahu. Ke mana tuan dia pergi dia mesti ikut. meow ni tak suka kena tinggal seekor kat rumah dalam tempoh yang lama.


British Shorthair
Berbulu tebal. meow ni lebih suka duduk di sebelah owner berbanding atas riba. Dan meow jenis ni memang tenang dan boleh fit in dengan kanak2, arnab dan anjing.

Burmese
Burmese aka Burma.lagi satu meow yang manja sangat ikut tuan gi mana saja. kurang mengeow compare dengan kucing siam. Dan tak suka ditinggal lama2 berseorangan


Cheetoh
Ha yang ni mcm belum femes kat Malaysia. Meow ni cross breed from bengal dan ocicat. Dan meow ni boleh membesar lebih besar berbanding dengan parent cross breed. Dan berita baik untuk peminat kucing exotic, meow ni muka garang dan badan besar tapi sangat penyayang dan boleh berinteraksi dengan baik dengan manusia dan haiwan kucing yang lain.


Dragon Li
Made in China. Handsome mok2 je muka dia kan. tapi tak berapa banyak info pasal meow ni.


Exotic Shorthair
Sapa2 yang tertanya kucing femes nama snoopy tu baka apa, ha ni la baka meow snoopy. Cute tak dia posing? Alright , meow ni senang nak jaga compare dengan persian. minimum seminggu sekali brush bulu2 tebal meow. senang nak jaga. tapi taik mata tu menten kena lap selau la..


Himalayan
Beza meow ni dengan persian, meow ni ada ada colour point dan aktif berbanding persian(Sebab ada trait kucing siam). suka sangat main play fetch dan any toy. sila groom meow ni hari2 ye. jangan lupa lap mata dia selalu

Maine Coon
Macam singa youu.. Maine Coon ni memang suka sangat menepek dengan tuan dia. Meow yang sosial dan tiada masalah sekiranya ada pet atau kehadiran baby baru. Salah seekor kucing yang ada sifat setia seperti anjing.

Manx
Meow takde ekor tapi badan memang kuat boleh lompat tinggi dan lari pantas. sangat setia pada tuan.


Munchkin
Walaupun kaki ketot tetap maintain comel.


Norwegian Forest Cat
Macam singa besar. Senang jaga sebab cuma perlukan minimum Brushing coat. Sape2 nak bela meow ni wajib ada cat tree ysng tinggi kat rumah ye sebab dia ni aktif sangat

Persian
Sape tak kenal baka ni kan.. Favourite kat Malaysia.

Ragdoll
Tomey2.. Meow yang sopan tak suka lompat2 dan tak akan keluar cakar masa bermain...meow ni suka greet owner kat depan pintu, main dengan owner, tidur dengan owner. semua dengan owner.


Russian Blue
Meow ni suka main dan kalau main tu memang lama.Jenis yang kuat touching kalau owner buat tak endah kat dia. Tapi meow ni jenis tak kisah kalau kena tinggal seekor kat rumah, cuma akan lebih happy bila tuan dia balik.

Savannah
Bijak pandai especially buka pintu. Aktif dan boleh melompat tinggi.sangat loyal pada tuan.

Scottish Fold
Telinga kiut penyek macam teddy bear. Meow ni jenis yang senang adapt dengan perubahan drastik.

Siamese
cute je mata biru laut.Sangat aktif tapi agak banyak meow2.. Suka chitchat dengan owner


Snowshoe
Si femes grumpy cat tuh dari breed ni ler.. meow yang unik sebab lain meow lain personality. ada yang soft, ada gak yang bossy. Expresi muka meow ni yang susah nak dapat kat meow lain.


Sphynx
Walaupun kmeow ni xde bulus, tapi harga mahal ye.. kucing elit


Turkish Angora
So tomey ni tak perlu sikat sangat, memadai seminggu atau 2 minggu sekali. sangat bijak dan peramah.

Turkish Van
Meow ni meow paling special sebab meow ni sangat obses dengan air. Siap suka berenang kat kolam renang. Sesuai sangat kat owner2 yang takut kena cakar masa mandikan meow.hehehe...


Cara Mengelak Kucing Berak Merata

Apa yang perlu anda tahu ialah kucing memiliki sifat 'this is my territory' means dimana kawasan yang dia sudah mark, disitulah kawasan yang akan dia lalui setiap hari. Kawasan yang ditanda samada tempat untuk dia makan, tempat tidur, tempat bersantai, tempat bermain dan tempat membuang najis.


Perlu juga anda, penggemar tahap dewa makhluk berbulu ini adalah, kucing akan membuang najisnya di tempat yang sunyi..macam kita juga la kaann..kalau berak tu tamo ada yang nampak even lipas sekalipun, kita akan malu, begitu juga dengan kucing.

Ia akan berak di kawasan sunyi seperti sebelah/belakang peti ais, sebelah meja/sofa, sudut-sudut yang manusia tidak lalui dan tempat2 gelap. Kadang-kadang kucing juga berak atas pakaian dan carpet.

Sekiranya kucing anda berak di tempat yang tidak sepatutnya, jangan marah.,ada juga yang memukul kucing tanda tidak setuju dengan kelakuannya, No! Dont! itu hanya akan membuatkan kucing anda mengulangi perbuatannya dan mengalami stress! Apa yang perlu dilakukan adalah, buang najis tersebut dan cuci tempat yang kotor dengan sabun dan air bersih sehingga hilang bau dan warnyanya. Lepas tu, ambil CUKA, tidak kesahlah cuka buatan china ka, thai ke, jenama mahal atau murah, yang penting cuka. Semburkan cuka tadi di tempat yang sudah di bersihkan.

Kemudian, belai kucing anda dan bermain dengannya..ini bertujuan supaya tahap angin dalam badan korang tu menurun gara-gara terhidu bau najis yang 'wangi'..tapi jangan heran kalau aku cakap, kucing tu akan ikut kemahuan kita.,contoh bila kita panggil dia datang, bila kita suruh pergi, dia blaahhh

Sekiranya anda ingin kucing tadi berak di toilet, calitkan sedikit pada tepi mangkuk tandas or lantai tandas or mana2 la ikut suka suki..pastikan tempat itu kurang 'traffic'..Kemudian anda perhatikan jika dia hendak membuang lagi, bawa kucing tu ke tempat yang sudah dicalitkan sambil sapu2 belakang atas bontot dia sebelah ekor,.tanda ko nak bagi dia berak situ. Insyaallah dia akan mula berak dalam tandas.

Bagi yang menggunakan litterbox pula, pastikan ia diletak dikawasan yang tersorok dan letak najisnya dalam litterbox tadi,. alaskan dengan carpet atau sebarang kain..kalau mau jimat guna saja newspaper yang terbuang..ini bertujuan supaya kawasan tidak kotor sebab kucing tu akan kais2 'tanah tiruan' dalam box tuh..

Selamat mencuba!!

KUCING COMEL GEDIK MANJA