Hiasan umum
- Semua kucing kecuali kucing Spyhnx dan kucing Rex dikurniakan dengan bulu samada bulu yang panjang ataupun pendek.
- Bulu kucing haruslah disikat atau diberus seminggu sekali untuk mengekalkan bulu kucing yang cantik. Kucing Persian yang mana mempunyai bulu yang panjang, jika tidak disikat, bulunya tidak akan nampak cantik kerana kelihatan kusut dan agak kotor. Oleh itu penjagaan yang rapi adalah perlu bagi bulu kucing terutamanya kucing Persian.
- Sikat atau berus yang digunakan haruslah sesuai dengan tekstur dan panjang bulu kucing tersebut.
- Bulu kucing bukan sahaja disikat atau diberus malah untuk memiliki kucing yang cantik dan ceria kucing haruslah dimandikan dengan shampu kucing yang sesuai sejak kucing itu kecil (umur yang sesuai – peringkat remaja) supaya ia sentiasa cantik.
- Apabila memandikan kucing, pastikan air tidak memasuki mata dan telinga dan dengan air yang suam-suam kuku.
- Kucing boleh dikeringkan dengan menggunakan pengering rambut atau menggunakan tuala yang kering.
Penjagaan kuku
- Kucing sering mengasah kuku yang mana tabiat ini tidak boleh dikawal oleh manusia.
- Kadang-kala kucing mengasah kuku di sofa atau pun karpet namun anda tidak boleh mengelakkan daripada keadaan ini berlaku kecualilah anda menyediakan tempat yang khas seperti sisal atau tikar serabut kelapa.
- Kucing haruslah memiliki kuku yang cantik dan bersih. Anda boleh memotong kuku kucing anda sekiranya kuku kucing anda terlalu panjang atau tajam
Penjagaan telinga
- Kebanyakan kucing tidak mengalami sebarang masalah dengan telinga walaupun anda tidak membersihkan telinga mereka.
- Namun begitu kucing adalah terdedah dengan hama telinga yang mana telinga kucing haruslah dibersihkan atau dirawat untuk mengelakkan penyakit hama telinga.
- Sekiranya anda membersihkan telinga kucing anda, anda perlu menggunakan pembersih yang khas untuk kucing.
- Semasa anda membersihkan telinga kucing anda, anda haruslah membersihkannya menggunakan tisu atau kapas dengan berhati-hati untuk mengelakan kotoran tersebut semakin masuk ke dalam telinga.
Penjagaan mata
- Mata adalah sangat penting. Oleh itu ia haruslah dijaga dengan rapi.
- Kotoran yang terdapat pada tepi mata adalah lebih mudah untuk
dibersihkan dengan menggunakan tisu yang lembut.
Penjagaan gigi
- Gigi susu kucing tanggal apabila kucing berumur antara 3 hingga 6 bulan.
- Anda haruslah memeriksa gigi kucing anda selalu untuk memastikan samada tartar ada atau tiada. Ini untuk mengelakkan kereputan dan kehilangan gigi.
- Untuk mengurangkan risiko tartar, berikan makanan yang kering untuk kucing anda dan jangan membenarkan kucing anda mengunyah tulang kerana tulang bolehpecah.
gambar : elakkan gigi dijangkiti tartar
- Rekabentuk gigi dan mulut kucing adalah berbeza dengan anjing iaitu rekabentuk bagi kucing bukan untuk makan tulang.
No Deposit Casinos 2021 - KAdang Pintar
BalasPadamAll No Deposit Casinos in Kenya · Bola · CMD 카지노사이트 · Hola · 온카지노 Jackpot · MGA · PG Slots · Slot Games 인카지노 · Slot